Ikuti Al-Quran

Wednesday, December 22, 2010

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Subject: Dahsyatnya Doa Seorang Ibu


Assalamualaikum Semua,
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah
Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada
semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan
ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di
takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian
yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah
di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak
masa nak buat yang baik.

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan
jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana
anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab
wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa
tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami
sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih
terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai
tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde,
boleh proceed apa yang patut.. J

q Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari
kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu,
pandang lah ibumu selalu.

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan
sesuatu pada ibu.

q Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu
tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah
akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di
tempat yang terbaik terlebih dulu.

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang
menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah
amal" .
Ø "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu
kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini".
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia
wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang
berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Ø

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu
bicaralah dengan Allah..
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini" .
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini" .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan
orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang
sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup
dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada,
selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi
doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak
kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia
tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada,
pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa
yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita
dari sana .

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita
"berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah
orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai
mati tak pernah keluarkan zakat.

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping
 spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang
masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah
amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini
untuk kita dapatkan pahala!.

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan
wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu
sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan
bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang
yang buat ibu kita bahagia di sana .

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan
tangan nak bersedekah.

q *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini
bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika
sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu
menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.
Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar
sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita
diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or
selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang
belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji
pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang
dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka
menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Ø Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan
adalah cancer, aids and leukemia.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong
zikirkan.

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad…"
1000x sehari.



Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan
hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan
sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil
Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang
bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang
sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni
alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun
ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut
memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam

Thursday, September 23, 2010

TAUGEH TAUKE BAU HANCING?

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup... 
tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.  beli sket, 
jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. 
pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. 
dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.  
kepututsan yg mungkin boleh didapati... lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. 
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. 
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. 
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. 
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, 
sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.  
ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman 
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. 
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.  
dan kenapa taugeh jodik mangsa? 
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. 
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami 
fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air 
siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis 
berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.  tak mcm taugeh dia serap terus ape 
yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. 
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...  
so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal 
taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.

Friday, September 3, 2010

Malam Lailatul Qadar 25 Ramadhan 1431 - 2010

Assalamualaikum, terdetik hati ini ingin membuat coretan.. sekarang jam menunjukkan pukul 3 pagi (25 Ramadhan 1431) 4/9/2010. Malam ini sungguh tenang, pokok-pokok tidak bergoyang, sunyi sepi tiada salakan anjing.. adakah malam ini adalah malam Lailatul Qadar? Ya Allah berikanlah aku petunjuk, berikanlah ketenangan di jiwa ini untuk terus beribadat kepada Mu.. Amin..

Tuesday, January 19, 2010

Kiamat Kian Hampir

Ringkasan:

Sabda Rasulullah:


"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
________________________________________________________________________

Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...


Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...


Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)


Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...

Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.

Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..