Ikuti Al-Quran

Tuesday, May 24, 2011

Selatan Online - Awas !! Secret Recipe Ada DNA Babi..

Selatan Online - Awas !! Secret Recipe Ada DNA Babi..

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’ Syarikat tersebut adalah: Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

Let's Join Nuriscom! The Latest Gadget In Tha IT World! 1Malaysia.. 1Johor.. 1Skudai.. http://www.ebays.my

Friday, May 20, 2011

Paracetamol tepung gandum | Berita Harian Online

Paracetamol tepung gandum | Berita Harian Online

IPOH: Pengguna dinasihatkan berhati-hati berikutan muncul sindiket penipuan menggunakan tepung gandum dan serbuk pewarna untuk menghasilkan pil paracetamol palsu yang diedarkan meluas di pasaran.

Pil ubat demam dan sakit kepala tiruan berkenaan dibimbangi mendatangkan mudarat kerana dicampur dengan kimia atau bahan pewarna yang masih belum dikenal pasti kandungannya.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, penemuan pil paracetamol palsu itu dikesan selepas pihaknya melakukan serbuan dan pemeriksaan mengejut di seluruh negara sejak awal bulan lalu.

Menurutnya, pihak sindiket cuba memperdaya orang ramai dengan meniru sepenuhnya bentuk termasuk pembungkusan dan kotak produk pil paracetamol berkenaan.

Sekali pandang, pengguna memang sukar membezakan antara produk tulen dan tiruan namun pihak KKM mempunyai kaedah khas untuk mengenal pasti ubat-ubatan tiruan ini.

Memudahkan tugas apabila semua produk ubat-ubatan diwajibkan melekatkan pelekat keselamatan hologram Meditag KKM sebagai bukti ia diluluskan penjualan oleh KKM, katanya.

Sumber : Harian Metro

Saidin Hj. Md.Hasnam: Pasukan berunifom putih...Tentera dari langit.

Saidin Hj. Md.Hasnam: Pasukan berunifom putih...Tentera dari langit.

Jumaat, 20 Mei 2011

Pasukan berunifom putih...Tentera dari langit.



http://bimchat.files.wordpress.com/2009/01/gaza-strip-war.jpg
Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan sendiri yang biasa dipakai para mujahidin Palestina, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang memiliki senjata serba canggih spt Tank Merkava yang dikenal terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para mujahidin mampu membuat “kaum penceroboh ini lari lintang pukang dan tertunduk malu meskipun mereka menghadapi satu pasukan mujahidin Islam yang hanya memiliki senjata kuno.”.

Itulah pertolongan Allah Swt yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas dalam perjuangan.

Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestina. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.


Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok tentera rejim Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki menerangkan mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Sebagaimana ditulis dalam akhbar Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pingsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentara itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestina di akhbar milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok tentera rejim Israill. Pemandu ambulan ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma Pemandu ambulan.”

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?” Si pemandu pun kebingungan, karena ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawaban satu-satunya yang ia miliki.

Cerita tentang “tentera berunifom putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa Individu pejuang Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Akhbar al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan jenggot panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”

Sesungguhnya inilah tentera-tentera malaikat yg diturunkan dari langit. mereka dikenali sebagai "jundullah" yang pernah membantu Islam dalam perang Badar kubra di zaman Baginda Rasulullah saw begitu juga dalam perang Tabuk dan Yarmuk
http://saidinhasnam.blogspot.com/2011/05/pasukan-berunifom-putihtentera-dari.html
Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com